Thursday 1 February 2018

RAKAN STRATEGIK...

Assalamualaikum
Syukur kepada Allah Yang Maha Esa dengan limpah kurnia serta izinNya, pertemuan dengan rakan-rakan strategik di Cambodia berjalan lancar baru-baru ini. Pertemuan bertujuan memohon kerjasama untuk sama-sama menjayakan Program Kem Kesihatan, Pemerkasaan TVET dan kerja-kerja kebajikan membantu golongan yang memerlukan di sana. InsyaAllah program akan diadakan bermula 19 Ogos hingga 25 ogos 2018.
Sesiapa yang berminat boleh menghubungi kami untuk menyertainya.





Saturday 14 October 2017

TAHUN 2018, JOM QURBAN BERSAMA KAMI





Assalamualaikum

Kami ingin mengajak pembaca melaksanakan ibadah korban tahun 2018 bersama-sama. Kenapa bersama kami ?

1. Selain melaksanakan ibadah qurban dan aqiqah, tahun 2018 kami akan menjalankan Kem Pemeriksaan Kesihatan dan latihan kemahiran kepada masyarakat islam di Kemboja.
2. Pemilik ladang lembu telah bersetuju untuk pembiayaan ubat-ubatan serta kebajikan pegawai perubatan yang terlibat dalam misi kali ini. Marilah bersama kami dalam sumbangan korban.
3. Selain melaksanakan ibadah qurban, secara tidak langsung anda telah menyumbang untuk kerja-kerja program kebajikan juga.
4. Harga bahagian qurban hanya (RM350) setiap bahagian masih murah, anda berpeluang menyertai lebih daripada satu bahagian.
5. Penyertaan anda dapat membantu melancarkan program-program kebajikan yang kami jalankan di sana bermula 19 Ogos - 25 ogos 2018.






Thursday 12 October 2017

PEMERKASAAN TVET PADA PROGRAM 2018

Pada tahun 2018 kami bercadang untuk memperkenalkan Technique and Vocasional Education Traning (TVET) untuk masyarakat islam di Kemboja bersempena Program Ibadah korban dan Kem Kesihatan pada Hari Raya Haji tahun hadapan. Kemahiran yang bakal dipelajari boleh digunakan secara berpanjangan. Kami sedang berkolaborasi dengan beberapa buah institut di dalam dan luar negara bagi menjayakan program ini demi manfaat bersama. Kami berpengalaman membawa belia Kemboja mempelajari beberapa asas kemahiran seperti membuat mee kuning serta penyediaan Char Kuey Teow di Kolej Komuniti Selayang pada tahun 2015









2017: PEMERIKSAAN KESIHATAN, RAMADHAN DAN AIDIL ADHA

Pada tahun ini 2 program berasingan telah dilaksanakan di Kemboja. Wilayah yang sama tetapi perkampungan yang berbeza. Program pertama pemeriksaan kesihatan dan sumbangan untuk menyambut Ramadhan. Program kedua Ibadah korban dan program csr bersama pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

makluman program kepada Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh

Pemeriksaan kesihatan kepada penduduk setempat

dibantu juga oleh doktor dari Islamic Madical Assocoation Cambodia


Dr Radzman Ramli YDP Briged Bakti Malaysia Perlis merupakan Pegawai Perubatan Hospital Kangar (HTF)

akikah

selesai solat sunat aidiladha

ibadah korban

mesyuarat bersama kerajaan tempatan di pejabat Governor wilayah

serahan penama ibadah korban

keluarga angkat

sukarelawan serta Presiden Persatuan Pacuan Empar Roda Malaysia

bincang baik pulih masjid

PHUM OKRAY WILAYAH KG CHAM 2016

2016 berhari raya di Kampung Okray yang berada di dalam Wilayah Kampung Cham. Tinggal bersama keluarga angkat menikmati kehidupan masyarakat di kampung ini menjalankan kehidupan semasa Aidiladha.

Ibadah korban

keluarga angkat

selesai solat

akikah

menyampaikan sumbangan

perjalanan menggunakan keterapi

KEMBOJA LAGI 2015

Pada tahun ini program beralih ke Wilayah Banteay Meanchey. Wilayah yang bersempadanan dengan negara Thailand. Selain program hakiki ibadah korban, peserta program memberi sumbangan bahan bacaan dan pendidikan.

selesai solat sunat Aidiladha


melapah lembu korban


sumbangan pendidikan

sumbangan bahan pendidikan

sembelihan lembu korban